susahnya jadi budak perempuan ..
minatnya pada si lelaki
walhal umur ketika itu baru sebelas tahun
suka dalam diam,
tersenyum lebar , terkadang ketawa kecil apabila diusik kawan-kawan
tetapi itu cuma minat..
belum ada perasaan cinta dan sayang..
kerana si perempuan itu masih kecil..
dan kebudak-budakan..
Susahnya jadi remaja perempuan..
hidup sosial bersama kawan-kawan yang sama baya
walhal ketika itu belum mencecah tujuhbelas tahun
keinginan untuk mencuba sesuatu yang baru,
termasuk cinta.. ya... cinta
ketika itu belum ada rasa cinta
tetapi yang ada cuma rasa sayang
berteman , dan sering dilukai
ya, memang benar kerana ianya sekadar cinta monyet ..
Susahnya jadi perempuan dewasa ..
Hidup perlu berdikari
bukan lagi di bawah pemerhatian ibu bapa
kerana kaki melangkah demi menuntut ilmu
niatnya biar sampai ke menara gading
tetapi tewas apabila hati merasa cinta sudah mahu bertandang
terkadang rasa diri disayangi
terkadang merasa diri ditindas
ya, dikecewakan kerana cinta
menangis.
terkadang hati ini menolak untuk bercinta lagi kerana takut..
ya, takut dikecewakan lagi ..